My Add

Thursday, 9 January 2014

Desak ROS 'beku' nama DAP Taman Nesa

JOHOR BAHRU, RABU, 08 Januari, 2014: Kemelut dalaman DAP bukan sahaja belum reda, malah semakin parah apabila Pendaftar Pertubuhan (ROS) diminta menjalankan siasatan terhadap DAP Cawangan Taman Nesa di sini termasuk bertindak membekukan penggunaan nama cawangan itu oleh pemimpin pusat parti berkenaan.

Bekas Pengerusinya, S. Kogilavani berkata, ekoran tindakan ROS yang masih belum mengesahkan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti tersebut, tindakan sedemikian perlu dilakukan untuk menjaga nama baik cawangan itu.

"Sebelum ini saya telah membubarkan cawangan ini, namun baru-baru ini pihak kami telah mendapat surat daripada DAP Pusat yang bertujuan untuk menghidupkan semula cawangan ini.

"Tetapi dalam senarai ahli yang dikeluarkan, nama saya selaku Pengerusi dan suami, K. Murugan sebagai bekas setiausaha publisiti cawangan ini disingkirkan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Menurutnya, tindakan tersebut nyata membuktikan bahawa di dalam DAP tiada tempat untuk pemimpin India bersuara walaupun tentang keperluan rakyat di cawangan terbabit.

Kogilavani turut mengaku tidak 'jelas' tentang statusnya selaku ahli DAP kerana walaupun namanya tiada dalam senarai ahli yang baru dikeluarkan, dia masih dijemput selaku perwakilan pada pemilihan semula CEC yang diadakan baru-baru ini.

"Saya dan suami sudah berputus asa dengan DAP kerana selaku ahli seumur hidup parti tersebut sejak 2007, parti ini ternyata tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk menaikkan taraf kehidupan rakyat.

"Kini saya akan meneruskan perjuangan untuk membantu masyarakat berbilang kaum atas nama Pengerusi Persatuan Masyarakat Setia Jujur Skudai yang ditubuhkan tahun lalu," katanya. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment