Diplomat Iran terbunuh di Yemen
SANAA, AHAD, 19 Januari, 2014:- Seorang pegawai diplomat terbunuh di ibu kota negara ini, ketika dia melawan seorang lelaki bersenjata yang mahu menculiknya berhampiran kediaman kedutaan di sini, semalam.
Jurucakap Menteri Luar Iran, Marzieh Afkham berkata, pegawai diplomat berkenaan cedera parah setelah dia melawan lelaki bersenjata tersebut dan telah dibawa ke hospital sebelum dilaporkan meninggal dunia.
Sumber keselamatan di Yemen memberitahu diplomat menaiki sebuah kereta milik kedutaan Iran, tetapi duta negara tersebut tiada di dalam kereta berkenaan semasa serangan berlaku. - AFP/UTUSAN
No comments:
Post a Comment