Saturday, 4 January 2014

Dua anggota Rela ditahan, disyaki pecah rumah

KUCHING, SABTU, 04 Januari, 2013: "Harapkan pagar, pagar makan padi", begitulah yang dapat disimpulkan terhadap dua anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) yang bertugas menjaga kediaman rumah Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar pada 24 Disember lalu.

Mereka bersama seorang lagi suspek yang disyaki cuba memecah masuk kediaman itu telah ditahan polis awal pagi kelmarin.

Wan Junaidi berkata, beliau mengucapkan tahniah kepada polis yang cekap dan menjalankan tugas dengan baik.

"Saya juga akan membuat perbincangan dengan Rela bagi melihat mekanisme tertentu bagi memastikan anggota-anggotanya telah ditapis.

"Kita tidak mahu kejadian yang berlaku seperti ini berulang dan terjadi pada orang lain," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kejadian itu selepas menyerahkan Bantuan Kecemasan Ahli Parlimen P193 Santubong di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment