Empat lagi mayat mangsa bot karam ditemui
DARO, ISNIN, 20 Januari, 2014: Mayat empat lagi penumpang bot panjang yang karam di sini kelmarin telah ditemui dalam operasi mencari dan menyelamat sehingga pukul 10 pagi ini.
Ketua Bahagian Ketenteraman Awam Ibu Pejabat Polis Daerah Matu Daro, Inspektor Raja Mahadi Raja Mahmudin mengesahkan penemuan tersebut.
Mangsa yang ditemui ialah Naibi Saibi, 62, (6.49 pagi); Borhan Bordan, 68, (8 pagi); Riji Dalol, 60-an, (8.30 pagi) dan Kalsum Mat, 50-an, (9 pagi). - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment