My Add

Monday, 20 January 2014

Gempa kuat 6.3 skala Richter gegar New Zealand

WELLINGTON, ISNIN, 20 Januari, 2014: Satu gempa bumi kuat berukuran 6.3 skala Richter menggegarkan New Zealand hari ini, namun tiada kerosakan teruk dilaporkan.

Laporan Pusat Pemantauan Geologi Amerika Syarikat (AS) menyebut, gempa berkenaan yang berlaku pada pukul 3.52 petang waktu tempatan (10.52 pagi waktu Malaysia), berpusat di North Island yang terletak kira-kira 115 kilometer dari timur laut Wellington.

Gegaran berkenaan tercetus pada kedalaman 27 kilometer di dalam tanah dan dirasai di seluruh Kepulauan Utara dan Selatan. - AFP/UTUSAN 

No comments:

Post a Comment