Guan Eng perlu beri kerjasamasepenuhnya kepada ROS
KUALA LUMPUR, JUMAAT, 03 Januari, 2013: Lim Guan Eng yang jawatan Setiausaha Agung DAP-nya belum disahkan diminta memberi kerjasama sepenuhnya kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) bagi memastikan siasatan berhubung proses pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) parti itu berjalan lancar.
Pengerusi Badan Bertindak Anti Penyelewengan Negeri Kedah, Khairul Anuar Ramli berkata, Guan Eng juga diingatkan agar tidak bersikap biadap terhadap ROS.
Berikut adalah kenyataan Khairul Anuar berhubung perkara tersebut:
l Guan Eng perlu memberi kerjasama penuh kepada pihak ROS supaya siasatan ke atas semua dakwaan dan aduan-aduan dari ramai ahli-ahli DAP dapat berjalan lancar demi kebenaran. Guan Eng perlu memberi semua butir-butir maklumat kepada pihak ROS dan bukan sebaliknya. Adalah amat lucu sekali jikalau Guan Eng mahu menjalankan siasatan terhadap aduan dan dakwaan yang dibuat oleh ahli-ahli DAP terhadap diri beliau sendiri.
l Guan Eng perlu tahu bahawa ahli-ahli DAP kaum Cina sendiri pun sudah tidak ada keyakinan dan kepercayaan tentang kejujuran dan kewibawaan beliau sebagai pemimpin. Maka sebab itulah status Guan Eng hari ini hanya sebagai ahli biasa DAP sahaja dan bukannya Setiausaha Agung.
lGuan Eng perlu tahu bahawa pihak ROS bertindak mengikut undang-undang negara dan bukan mengikut apa yang beliau mahu. Sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang, Guan Eng jangan ingat beliau boleh gertak kakitangan Melayu yang bertugas di ROS sesuka hati beliau. Jangan bersikap biadap dengan ROS. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment