Kapal karam: 3 selamat, 6 warga Filipina dikhuatiri lemas
Oleh IRDINA ILLYIAS
LAHAD DATU, SELASA, 14 Januari, 2014: Enam warga Filipina hilang, tiga lagi selamat selepas kapal 'barter trade' yang membawa muatan barangan makanan karam di perairan Sabah pada awal pagi 10 Januari lalu.
Kejadian itu hanya diketahui semalam berikutan penemuan tiga anak kapal yang terselamat di pesisir pantai Tambisan Tungku dekat sini pukul 6 pagi.
Difaha SELASA,,kan, kapal tersebut berlepas dari pelabuhan Sandakan pada pukul 9 malam, 9 Januari lalu dengan membawa 8,500 karung beras, 1,000 kilogram minyak masak dan 100 kotak mi segera.
Bagaimanapun, kira-kira pukul 7 pagi 10 Januari lalu, kapal tersebut dilanda ribut sebelum karam di tengah laut semasa sedang memasuki perairan Filipina.
Ketua Polis Daerah, Supritendan Shamsudin Mat mengesahkan kejadian itu. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment