Monday, 6 January 2014

Kem Kamunting dikekalkan

PUTRAJAYA, ISNIN, 06 Januari, 2013: Kerajaan tidak bercadang merobohkan Tempat Tahanan Perlindungan Kamunting yang kini kosong selepas pembebasan enam tahanan terakhir Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) semalam.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, kem tahanan tersebut akan dikekalkan dan dijadikan kem tahanan untuk pesalah yang ditahan di bawah akta jenayah lain.

"Kem itu akan digunakan untuk tahanan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA) dan Akta Dadah Berbahaya (Langkah-langkah Pencegahan Khas) 1985 atau Akta Pencegahan Jenayah (PCA)," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menerima kunjungan hormat Ketua Setiausaha kementerian yang baharu, Datuk Mohamad Khalid Shariff di pejabatnya di sini hari ini. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment