Kerajaan sedia tambah baik SOSMA - Nancy
Oleh MD. AZRIN ROSLY
KUCHING, JUMAAT, 17 Januari, 2014: Kerajaan tidak akan menghidupkan semula Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) tetapi bersedia menambah baik Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) jika terdapat kelemahan dalam undang-undang baharu itu bagi menjamin
keselamatan negara.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nancy Shukri berkata, undang-undang sedia ada itu akan diperkuatkan lagi berdasarkan maklum balas daripada pihak berkuasa yang menjalankan penguatkuasaan mengikut keperluan.
"Pendirian kerajaan amat jelas iaitu tidak akan mewujudkan semula ISA kerana kita telah mengambil kira dari pelbagai sudut sebelum akta itu dimansuhkan.
"Undang-undang ini (ISA) tidak akan digunakan bagi tujuan lain, politik atau pun kepentingan tertentu," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas merasmikan Pembukaan Tahun Perundangan Sabah dan Sarawak di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment