Saturday, 4 January 2014

Kerajaan tanggung PATI RM500,000 sehari - Wan Junaidi

KUCHING, SABTU, 04 Januari, 2013: Hampir RM500,000 terpaksa ditanggung sehari oleh kerajaan bagi menjaga kebajikan pendatang asing tanpa izin (PATI) di depoh-depoh tahanan imigresen negara.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, perbelanjaan tersebut bagi menjaga kebajikan keseluruhan termasuk makanan, penginapan dan kesihatan sebelum menunggu proses penghantaran pulang.

Katanya, setakat November lalu, kerajaan telah menanggung kira-kira RM2.9 juta bagi proses penghantaran PATI berkenaan.

"Kita terpaksa menanggung sebanyak RM75 sehari bagi seorang PATI dengan proses penghantaran yang mengambil masa lama.

"Hal ini kerana kita perlu berbincang dan meminta kedutaan berkenaan untuk membuat pengesahan bagi warganegara mereka. Terdapat juga pihak yang tidak faham tentang perkara ini," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyerahkan Bantuan Kecemasan Ahli Parlimen P193 Santubong di sini hari ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment