My Add

Friday, 17 January 2014

Masalah penyeludupan antara perkara yang dikaji

JELI, JUMAAT, 17 Januari, 2014: Aktiviti penyeludupan barangan subsidi seperti minyak dan pelbagai barangan subsidi lain khususnya di kawasan sempadan negara ini antara beberapa perkara yang akan dikaji melalui Jawatankuasa Khas Kabinet Menangani Kos Sara Hidup.

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, masalah tersebut adalah perkara serius yang akan dikaji memandangkan faedah subsidi yang sepatutnya dinikmati rakyat di Malaysia turut dirasai oleh rakyat negara lain.

Beliau berkata, setiap hari berlakunya masalah penyeludupan dan rakyat di negara luar khususnya di Thailand akan mengambil kesempatan membeli barangan subsidi seperti minyak di negara ini dengan harga yang jauh lebih murah.

"Sebagai contoh, minyak di sini berharga RM2.00 seliter, di Thailand pula RM2.80 dan mereka setiap hari beli minyak di negara ini yang sepatutnya hanya dinikmati oleh rakyat di negara ini sahaja," katanya kepada pemberita di sini hari ini.- UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment