Operasi banteras pembakaran mercun di Sabah
KOTA KINABALU, JUMAAT, 24 Januari, 2014: Kastam Diraja Malaysia (KDRM) Sabah bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan melancarkan operasi membanteras pembakaran mercun dan bunga api di negeri ini berkuatkuasa 28 Januari hingga 1 Februari ini sempena sambutan Perayaan Tahun Baharu Cina.
Operasi bersepadu yang dinamakan Ops Letup 5 itu akan memberi tumpuan kepada aktiviti pembakaran bahan api tanpa permit di seluruh daerah di negeri ini.
Timbalan Pengarah KDRM negeri, Hamzah Sundang berkata, mana-mana individu yang didapati melakukan pembakaran mercun dan bunga api tanpa permit akan berdepan hukuman mengikut Akta Kastam serta Akta Bahan Kakisan dan Letupan dan Senjata Api. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment