Sunday, 5 January 2014

Operator PLKN diberi masa 6 bulan dapatkan ISO

NILAI, AHAD, 05 Januari, 2013: Semua operator Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) diberi tempoh enam bulan untuk mendapatkan pensijilan MS ISO 9001:2008 bagi membolehkan mereka terus menguruskan operasi di kem-kem PLKN seluruh negara.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pada masa ini hanya 10 peratus daripada operator yang sedang menguruskan 79 kem PLKN seluruh negara telah mempunyai sijil tersebut.

"Pelaksanaan MS ISO 9001:2008 bertujuan memastikan semua sistem kerja dan operasi di kem berjalan lebih sistematik dan teratur sekali gus dapat menghasilkan perkhidmatan berkualiti.

"Operator kem ini adalah pihak swasta yang dilantik menguruskan operasi kem seperti operator penyediaan makanan, pengurusan latihan dan prasarana," katanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan lawatan kerja ke Kem PLKN Sri Perkasa, Mantin, di sini hari ini. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment