![]() |
* SEBAHAGIAN daripada PATI warga Indonesia yang ditahan dalam Op Cantas Khas di Pantai Batu Layar, Sungai Rengit, Kota Tinggi, Johor, semalam. - IHSAN POLIS MARIN |
Dalam operasi Op Cantas Khas pukul 5.30 pagi tadi, seramai lima anggota Markas Taktikal Pengerang membuat serbuan berkenaan selepas mendapat maklumat daripada orang awam mengenai aktiviti PATI di kawasan tersebut.
Komandernya, Asisten Komisioner Zainul Abidin Hasan berkata, kesemua pendatang asing yang ditahan berupakan warga Indonesia berusia 18 hingga 62 tahun.
"Daripada maklumat yang diperolehi, kesemua PATI sedang menunggu bot untuk dibawa pulang ke Indonesia dan terdiri daripada 33 orang lelaki dan 13 orang wanita.
"Seramai 41 PATI tidak mempunyai sebarang dokumen perjalanan yang sah, manakala lima yang lain berada di negara ini melebihi tempoh dibenarkan," katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menurut beliau, kesemua PATI dibawa balik ke Balai Polis Sungai rengit untuk siasatan lanjut yang dibuat mengikut Seksyen 5(2) Akta Imigresen 1959/1963 pindaan 2002 kerana cuba keluar dari Malaysia melalui laluan tidak diwartakan.
Mereka juga, kata Zainul Abidin akan disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) akta yang sama kerana tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah serta Seksyen 15 (4) kerana berada di Malaysia melebihi tempoh yang dibenarkan.
Ujarnya, tangkapan tersebut merupakan tangkapan kedua Pasukan Polis Marin Wilayah Dua dalam tempoh seminggu selepas kejayaan menahan 28 PATI pada 29 Disember lalu.
"Pasukan sentiasa prihatin terhadap permasalahan penyusupan keluar PATI secara haram melalui jalan laut.
"Kami akan membanteras permasalahan ini secara habis-habisan untuk memastikan PATI tidak menyusup keluar dari negara kita melalui jalan laut dengan sewenang-wenangnya" katanya. - UTUSAN

No comments:
Post a Comment