Saturday, 18 January 2014

Pemantauan harga bukti kerajaan serius tangani kos sara hidup

KUALA LUMPUR, SABTU, 18 Januari, 2014: Pemantauan harga oleh Jawatankuasa Khas Kabinet menunjukkan kerajaan sentiasa serius dalam menangani peningkatan kos sara hidup rakyat.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, langkah itu juga membuktikan tindakan diambil bukan gimik kerajaan atau bersifat politik sebaliknya dilaksanakan untuk mendengar suara rakyat.

''Langkah itu akan dilaksanakan berterusan selagi kerajaan belum berpuas hati. Kita sedang mengumpul maklumat trend harga sehingga hujung bulan ini sebelum dibawa ke mesyuarat Kabinet," katanya dalam sidang akhbar selepas meninjau harga barang di beberapa premis di ibu negara hari ini. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment