My Add

Tuesday, 14 January 2014

Penunjuk perasaan mahu usir kerajaan pimpinan Yingluck

BANGKOK, SELASA, 14 Januari, 2014: Ketua penunjuk perasaan antikerajaan Thailand, Suthep Thaugsuban semalam berikrar akan terus melakukan perhimpunan `menutup’ Bangkok, sehingga Jawatankuasa Pembaharuan Demokratik Rakyat (PDRC) berjaya mengusir kerajaan sementara pimpinan Perdana Menteri, Yingluck Shinawatra.

"Kami akan menutup bandar raya ini, kami akan lakukannya sepanjang hari, setiap hari sehingga kami menang.

"Tunjuk perasaan ini diadakan bukan untuk menganggu kehidupan rakyat di Bangkok kerana sasaran utama kami adalah untuk menghalang kakitangan kerajaan bekerja ,’’ kata Suthep kepada penunjuk perasaan ketika berhimpun di persimpangan jalan raya di Pathumwan. - AGENSI/UTUSAN 

No comments:

Post a Comment