![]() |
* SEBAHAGIAN penyokong dan penentang bekas Presiden yang digulingkan Mohammed Mursi bertempur di bandar Nasr, Kaherah, kelmarin. - REUTERS |
Pertempuran terbaharu itu meletus selepas penyokong pergerakan itu mula melancarkan tunjuk perasaan sejurus selesai solat Jumaat.
Tunjuk perasaan itu diadakan bagi mendesak kerajaan sementara Mesir mengembalikan kuasa kepada bekas Presiden Mohammed Mursi yang digulingkan tentera pada Julai lalu, selain membantah tindakan kerajaan menyenaraikan pergerakan berkenaan sebagai pertubuhan pengganas.
Kementerian Kesihatan dalam kenyataannya berkata, seramai 10 orang terbunuh dalam pertempuran di beberapa daerah di ibu negara.
Sumber keselamatan mengesahkan kesemua mangsa yang terbunuh akibat ditembak.
Dua lagi kematian dilaporkan di bandar Iskandariah.
Jelas kementerian itu, dua lagi penunjuk perasaan ditembak polis di bandar Terusan Suez, Ismailia selepas mereka berarak dari sebuah masjid.
"Tiga lagi kematian termasuk seorang pelajar, dilaporkan di wilayah Fayoum akibat terkena tembakan.
"Seorang lagi pelajar universiti turut terbunuh semasa pertempuran di pekan Minya, selatan negara ini," kata kementerian itu.
Polis turut menahan 122 anggota Ikhwanul Muslimin atas kesalahan memiliki senjata secara haram.
Bagaimanapun pergerakan itu menafikan penyokongnya membawa senjata dalam bantahan yang diadakan. - REUTERS/UTUSAN

No comments:
Post a Comment