Rundingan damai Sudan Selatan bermula
ADDIS ABABA, ISNIN, 06 Januari, 2013: Kerajaan Sudan Selatan dan pemberontak bersedia untuk memulakan rundingan damai hari ini, selepas pertempuran berterusan berlaku di negara itu semalam, sehingga mengakibatkan banyak orang awam terkorban di ibu negara Juba.
Rundingan yang diadakan di ibu negara Ethiopia ini bertujuan untuk menamatkan pertempuran yang sudah berlarutan selama tiga minggu lalu, selain turut mengorbankan beribu-ribu nyawa.
Diplomat berkata, selepas berlangsungnya perbincangan awal lewat malam semalam, rundingan damai dijangka bermula kira-kira pukul 2 petang waktu tempatan (7 petang waktu Malaysia). - AFP/UTUSAN
No comments:
Post a Comment