Friday, 17 January 2014

Sasar jualan kraf RM430 juta sempena TMM 2014
SUNGAI SIPUT, JUMAAT, 17 Januari, 2014: Kraftangan Malaysia menyasarkan peningkatan hasil jualan kraf tempatan kepada RM430 juta tahun ini berbanding RM400 juta yang dicatatkan tahun lalu.

Ketua Pengarahnya, Datuk Mohd. Kamil Mohd. Ali berkata, sasaran itu mampu dicapai berikutan jangkaan peningkatan kedatangan pelancong asing sempena Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2014.

“Kita yakin sasaran itu boleh dicapai kerana selain pelancong asing, Kraftangan Malaysia turut menyasarkan masyarakat tempatan sebagai pelanggan," katanya selepas majlis Penyampaian Sijil Latihan Jangka Pendek (LJP) Seramik dan Tekatan di Pusat Kraftangan Perak, Enggor kepada 25 orang peserta di sini hari ini.

Majlis itu turut dihadiri Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Datuk Wan Khairil Anuar Wan Ahmad yang menyampaikan sijil kepada peserta dan Pengarah Kraftangan Perak, Mohd. Noor Effendy Abdul Karim. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment