Wednesday, 8 January 2014

Sembilan maut di India apabila kereta api terbakar

NEW DELHI, RABU, 08 Januari, 2013: Sembilan orang maut hari ini apabila sebuah kereta api dari Mumbai terbakar, mendedahkan tahap keselamatan buruk sistem pengangkutan kereta api negara ini beberapa hari selepas kejadian sama menyaksikan 23 orang maut.

Jurucakap syarikat kereta api, Indian Railways, Sharat Chandrayan berkata, kebakaran dilaporkan berlaku di tiga gerabak penumpang kereta api terbabit yang berada dalam perjalanan ke Dehradun, awal pagi ini.

Seorang jurucakap syarikat tersebut berkata, empat penumpang ter/bunuh dalam kebakaran tersebut manakala mangsa maut lain pula lemas dalam kejadian itu. - Reuters/UTUSAN 

No comments:

Post a Comment