SPRM bidas Guan Eng
KUALA LUMPUR, AHAD, 05 Januari, 2013: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membidas kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang mendakwa suruhanjaya itu tidak mengambil tindakan berhubung Laporan Ketua Audit Negara 2012.
Sambil menyifatkan dakwaan itu tidak benar dan tidak berasas sama sekali, SPRM dalam kenyataannya meminta Guan Eng meneliti laporan-laporan tahunan suruhanjaya itu serta Jawatankuasa Khas Mengenai Rasuah (JKMR) yang dikeluarkan sebelum ini.
Kedua-dua dokumen itu turut memperincikan tindakan yang telah diambil oleh SPRM ke atas isu-isu berkaitan Laporan Audit Negara. Kenyataan-kenyataan SPRM, laporan tahunan SPRM serta JKMR yang dianggotai ahli-ahli Parlimen sendiri menunjukkan SPRM telah mengambil tindakan wajar secara bebas, telus dan profesional terhadap laporan audit berkenaan." katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Kenyataan itu menegaskan, JKMR, satu badan bebas yang memantau SPRM sejak 2009 turut dianggotai wakil DAP iaitu Dr. Tan Seng Giaw dan Guan Eng boleh merujuk kepadanya jika memerlukan maklumat lanjut mengenai status kes dan tindakan diambil suruhanjaya itu terhadap laporan audit berkenaan. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment