SPRM tahan 2 pegawai Wisma Putra
KUALA LUMPUR, SELASA, 07 Januari, 2014: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua pegawai kanan Kementerian Luar bagi membantu siasatan kes tuntutan palsu bernilai AS$126,000 (RM378,000.00) ketika bertugas di pejabat Kedutaan Malaysia di Washington, Amerika Syarikat.
Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali berkata, kedua-dua pegawai berusia lingkungan 40-an ditahan di Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya pukul 3.30 petang ini bagi membantu siasatan mengikut Akta Penggubahan Wang Haram dan Pembiayaan Keganasan 2001. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment