KUALA LUMPUR, JUMZZT, 03 Januari, 2013: Pelaksanaan tender terbuka dalam projek-projek pembekalan tenaga elektrik kini tidak boleh lagi menjadi alasan untuk Tenaga Nasional Bhd. (TNB), mendesak kenaikan tarif elektrik dalam waktu terdekat.
Menurut Penganalisis AmResearch, Alex Goh di dalam nota penyelidikannya, proses tender terbuka itu berupaya menurunkan struktur kos TNB yang ketika ini memonopoli transmisi dan pengedaran tenaga elektrik di Semenanjung.
Selain itu tambahnya, TNB dijangka menikmati pendapatan yang lebih baik lebih-lebih lagi mereka mula menikmati kadar tarif elektrik baharu yang dikenakan kepada pengguna bermula 2014 hingga 2017.
Dalam nota penyelidikan itu, Goh berkata, Suruhanjaya Tenaga (ST) dijangka membuka tender bagi pembinaan dua pusat janakuasa berasaskan gas pada tahun ini, bagi memenuhi permintaan tenaga elektrik, khususnya bagi Semenanjung Malaysia yang semakin meningkat.
Tender terbuka itu ialah projek di bawah Track 4A dan Track 4B yang berupaya menawarkan 2,000 megawatt (Mw) kapasiti tenaga.
"Keperluan tenaga di Semenanjung Malaysia dijangka meningkat menjelang 2019. Tambahan pula, ST perlu menyeimbangkan paras antara pusat janakuasa berasaskan gas dan berasaskan arang batu," katanya.
Jelas beliau lagi, berdasarkan trend semasa, sumbangan pusat janakuasa berasaskan arang batu kepada kapasiti sumber elektrik tempatan dijangka meningkat daripada 45 peratus pada tahun 2013, kepada 60 peratus pada 2018.
Dalam pada itu, Goh meramalkan konsortium yang dianggotai 1Malaysia Development Bhd. (1MDB) bersama Mitsui & Co. Ltd. dijangka akan memenangi tender terbuka pembinaan pusat janakuasa berasaskan Project 3B.
"Ini memandangkan harga konsortium itu adalah yang kedua paling murah selepas konsortium yang dianggotai oleh YTL Power International Bhd. dan Ranhill Power Sdn. Bhd.
"Namun disebabkan kelebihan dari segi teknikal, 1MDB dijangka memenanginya," katanya lagi.
Pusat janakuasa Project 3B menawarkan kapasiti bekalan tenaga sebanyak 2,000 Mw. - UTUSAN

No comments:
Post a Comment