Saturday, 4 January 2014

TMM 2014 jana pendapatan RM76 bilion

KUALA LUMPUR,  SABTU, 04 Januari, 2013: Kempen Tahun Melawat Malaysia (TMM) 2014 disasarkan menjana pendapatan sebanyak RM76 bilion menerusi kunjungan kira-kira 28 juta pelancong tahun ini.

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, jumlah tersebut menunjukkan peningkatan ketara sebanyak RM11 bilion daripada segi hasil pertukaran mata wang asing.

Beliau juga yakin TMM 2014 akan menjadi pemangkin kepada industri pelancongan negara dalam merealisasikan sasaran kerajaan untuk menerima kunjungan 36 juta pelancong dan menjana pendapatan sebanyak RM168 bilion pada 2020.

“Pai ekonomi yang lebih besar ini akan menyumbang kepada pendapatan yang lebih tinggi dan mewujudkan lebih banyak peluang perniagaan serta pekerjaan.

“Kesan ekonomi akan menjadi lebih besar apabila kita turut mengambil kira pelancongan domestik," katanya ketika berucap merasmikan TMM 2014 di Dataran Merdeka malam ini. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment