![]() |
| Rahmad Isahak |
Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP), Rahmad Isahak berkata, pendirian itu perlu memandangkan apa jua cadangan DAP adalah tidak sah memandangkan kedudukan Jawatankuasa Kerja Eksekutif (CEC) parti itu tidak boleh berfungsi sehingga diiktiraf Pendaftar Pertubuhan (ROS).
Sehubungan itu, tambah beliau, wakil rakyat DAP tidak mempunyai hak untuk mencadangkan sesuatu isu melainkan mereka mengisytihar sebagai wakil rakyat Bebas.
"Jika tetap berkeras dengan niat mencabar kedudukan Islam dan maruah orang Melayu di negara ini, wakil rakyat DAP terbabit perlu terlebih dahulu mendapatkan perintah mahkamah melalui permohonan semakan kehakiman bagi membatalkan arahan ROS bertarikh 6 Disember tahun lalu.
"Jadi, kita minta kerajaan PKR Selangor tidak menghalalkan usul 'haram' berkenaan dan semua wakil rakyat Islam di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor perlu menentang sebarang usaha menghina serta memperlekeh Islam di negara ini," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau mengulas cadangan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Damansara Utama, Yeo Bee Yin; ADUN Bukit Gasing, Rajiv Rishyakaran dan ADUN Kampung Tunku, Lau Weng San seperti dilaporkan sebuah portal berita propembangkang supaya Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) Selangor 1988 dipinda untuk memastikan hak bukan Islam terjaga.
Dalam pada itu, Rahmad menggesa mana-mana pihak supaya tidak lagi bermain api dengan menyentuh isu berkaitan umat Islam di negara ini.
"Kesabaran umat Islam ada batasnya dan jangan sampai kedudukan serta keharmonian masyarakat berbilang kaum yang selama ini dinikmati semua rakyat menjadi renggang akibat permainan politik kotor seperti ini," katanya. - UTUSAN

No comments:
Post a Comment