Monday, 3 February 2014

4 beradik terima surat penempatan sekolah

Oleh SITI NURAZLINA JAMALUDIN

KOTA BHARU, ISNIN, 03 Februari, 2014: Keempat-empat anak pasangan Azizul Raheem Awalludin dan Shalwati Norshal hari ini menerima surat penempatan sekolah daripada Jabatan Pendidikan negeri.

Timbalan Pengarahnya, Zahari Daud berkata, keempat-empat mereka ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) dan Sekolah Kebangsaan (SK) Padang Kala berhampiran kediaman penjaga mereka di Wakaf Tok Wali, Melur.

Beliau berkata, adik-beradik tersebut akan diberikan bantuan awal persekolahan seperti pelajar lain.

"Selain itu, mereka juga akan diberikan bimbingan kaunseling bagi menyesuaikan diri dengan persekitaran baharu," katanya. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment