Sunday, 16 February 2014

Adenan sedia bincang dengan Mohd. Effendi

KUCHING, SABTU, 15 Februari, 2014: Bakal Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Adenan Satem sedia berbincang dengan Datuk Seri Mohd. Effendi Norwawi mengenai pentadbiran baharu di negeri ini.

Menurut Adenan, bekas Menteri Pertanian itu ada menelefon beliau dua hari lalu.

"Saya belum mengadakan pertemuan dengan beliau (Mohd. Effendi), bagaimanapun saya sentiasa mengalu-alukannya mahu berjumpa.

"Memang beliau ada menghubungi saya dua hari lalu dan mengatakan ingin bertemu saya bagi membincangkan beberapa perkara dalam tempoh terdekat," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui dalam majlis persandingan Dayang Dina Masfira Abang Effendi dan Azlan Shah Patrick Ling di Jalan Muda Hashim di sini hari ini.

Dayang Dina Masfira adalah cucu kepada bekas Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Abang Ahmad Urai.

Semalam, Adenan yang juga Menteri Tugas-tugas Khas di Pejabat Ketua Menteri memberitahu, beliau tidak berhasrat merombak barisan Kabinet Sarawak apabila memulakan tugas sebagai Ketua Menteri pada 1 Mac ini. - UTUSAN 

No comments:

Post a Comment