Saturday, 15 February 2014

Bantuan kepada sekolah terlibat banjir di Sabah

KOTA KINABALU, SABTU, 15 FebRUARI, 2014: Kementerian Pendidikan akan segera menyalurkan bantuan kepada 36 buah sekolah di negeri ini yang terjejas akibat banjir khususnya di daerah Beaufort, Tenom dan Keningau.

Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk Mary Yap Kain Cing berkata, kementeriannya juga sudah meminta laporan penuh daripada pejabat pendidikan negeri berhubung jumlah kos kerosakan dihadapi sekolah terbabit.

"Kementerian mempunyai dana kewangan kecemasan untuk perkara sebegini (banjir). Keperluan sekolah yang terbabit banjir akan kita bantu. Walau bagaimanapun, kita masih menunggu laporan kos keseluruhan yang diperlukan daripada pejabat pendidikan negeri," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepaa melancarkan Program Penglibatan Ibu Bapa Komuniti dan Sektor Swasta (PIBKS) di bawah Pelan 11 Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 - 2025 Sabah di Dewan Tun Sakaran, Kompleks Tabung Haji di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment