Bekas Timbalan Menteri Pelajaran meninggal dunia
KUCHING, ISNIN, 03 Februari, 2014: Bekas Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Bujang Ulis, 66, meninggal dunia pukul 3 pagi ini.
Allahyarham dilaporkan rebah kira-kira pukul 1 pagi sebelum menghembuskan nafas terakhir di kediamannya di Kampung Semariang Jaya, Petra Jaya di sini.
Jenazah beliau akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Semariang di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment