Gencatan senjata di Fallujah
BAGHDAD, AHAD, 23 Februari, 2014: Kementerian Pertahanan Iraq semalam mengumumkan gencatan senjata selama 72 jam di bandar Fallujah yang ditawan militan antikerajaan sejak beberapa minggu lalu.
Pengumuman itu meningkatkan kemungkinan satu rundingan yang akan menamatkan krisis itu semasa kumpulan bersenjata tersebut menguasai sebahagian ibu negeri wilayah Anbar, Ramadi di barat Fallujah.
"Operasi ketenteraan terhadap sasaran pertubuhan pengganas terpilih di Fallujah dihentikan bagi tempoh 72 jam, kata kementerian dalam satu kenyataan. - AFP/UTUSAN
No comments:
Post a Comment