Wednesday, 12 February 2014

JKM bantu 4 beradik sakit mental dapatkan rawatan

KULIM, R 12 Februari, 2014: Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kulim akan membantu empat beradik, yang sakit mental sejak 10 tahun lepas di Kampung Sri Bongsu, Karangan dekat sini, mendapatkan rawatan psikiatri.
ABU,
Pegawainya, Mohammad Md Nor berkata, pihaknya berharap mereka akan mendapatkan rawatan dalam tempoh yang panjang dari masa ke masa.

"JKM memberi bantuan RM800 sebulan sejak beberapa tahun lepas kepada empat beradik itu namun tiada rawatan lanjutan diberikan kepada mereka," katanya kepada pemberita selepas menzirahi keluarga itu bersama-sama Anggota Dewan Undangan (ADUN) Kulim Chua Thiong Ghee di rumah mereka.

Beliau berkata, Halimah Darus, 44, Ali Bongsu, 38, dan Yassin, 36, kini dijaga adik bongsu mereka Zakaria, 34, yang masalah mentalnya agak kurang.

Masalah keluarga itu dibawa ke pengetahuan Chua oleh Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Sri Bongsu, Ismail Osman yang menyedari kemelaratan hidup mereka.

Mohammad berkata buat permulaan, JKM akan menghantar Halimah ke

Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani untuk menjalani rawatan psikiatri untuk tempoh yang panjang mulai esok.

Ali Bongsu dan Yassin akan mendapatkan rawatan kemudian.

Sementara itu, Chua berkata beliau amat berterima kasih kepada JKM kerana segera mengambil tindakan membantu empat beradik itu. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment