Saturday, 15 February 2014

Laksanakan segera projek pembangunan SJKT

KUALA LUMPUR, SABTU, 15 Feruari, 2014: Datuk Seri Najib Tun Razak mengarahkan projek-projek yang diluluskan dalam Bajet 2014 bagi pembangunan sekolah jenis kebangsaan Tamil (SJKT) di seluruh negara dilaksanakan segera.

Perdana Menteri berkata, prestasi pelaksanaan pelbagai projek di bawah peruntukan tersebut adalah kurang memuaskan.

"Saya kurang gembira dengan tempoh masa yang diambil untuk melaksanakan projek-projek berkenaan. Tolong perbetulkan perkara ini.

"Saya hendak cadangkan kalau boleh, kalau kita hendak beri peruntukan, serah kepada pihak lembaga pengurus sekolah atau persatuan ibu bapa dan guru (PIBG)," katanya ketika berucap merasmikan Konvensyen Kebangsaan Pelan Tindakan Masa Depan Sekolah-sekolah Tamil di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment