Lebanon berjaya berkas dalang letupan bom kereta
BEIRUT, KHAMIS, 13 Februari, 2014: Tentera Lebanon semalam, menahan pegawai kanan kumpulan bersenjata yang mempunyai kaitan dengan militan al-Qaeda yang merupakan dalang letupan kereta yang menyasarkan beberapa kawasan Syiah sejak beberapa bulan lalu.
Sumber keselamatan berkata, penahanan Naim Abbas boleh membantu mendedahkan kumpulan jihad radikal di sini.
Sumber tersebut turut berkata, Naim memainkan peranan di dalam satu serangan yang menggunakan empat butir bom kereta yang menyasarkan kumpulan Syiah di kawasan pedalaman di selatan Beirut dan dua lagi bandar yang kebanyakan pengikut Syiah, di bandar Hermel. - Reuters/UTUSAN
No comments:
Post a Comment