Thursday, 20 February 2014

Muhyiddin terima kunjungan hormat Kelab UMNO Luar Negara

 * MUHYIDDIN Yassin beramah mesra dengan ahli Kelab UMNO luar negara dari Australia dan New Zealand ketika menerima kunjungan delegasi kelab UMNO itu di pejabatnya di Bangunan Perdana Putra, Putrajaya semalam. - BERNAMA
PUTRAJAYA, SELASA, 18 Februari, 2014: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menerima kunjungan hormat rombongan anggota Kelab UMNO luar negara dari New Zealand dan Australia di pejabatnya pagi ini.

Mereka terdiri daripada 30 penuntut institusi pengajian tinggi dan bekas pelajar di kedua-dua negara itu, kata jurucakap rombongan itu, Jaziri Alkaf Suffian.

Beliau berkata, dalam pertemuan lebih sejam dengan Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno, mereka membincangkan pelbagai perkara termasuk aktiviti Kelab Umno Luar Negara di New Zealand dan Australia.

"Antaranya adalah memberi penerangan lengkap kepada rakyat Malaysia dan penuntut IPT di New Zealand dan Australia mengenai dasar-dasar kerajaan sekarang dan faedahnya untuk jangka panjang," katanya kepada pemberita selepas pertemuan itu di sini.

Katanya, Muhyiddin yang juga Menteri Pendidikan menyambut baik dan menyokong usaha mereka khususnya dalam memberi penjelasan lengkap mengenai program dan perancangan kerajaan. - BERNAMA

No comments:

Post a Comment