Tuesday, 4 February 2014

Muhyiddin tinjau harga barang di Seremban dan Bangi

SEREMBAN, SELASA, 04 Februari, 2014: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini melawat Pasaraya Besar Mydin di Seremban 2 dan Kedai Rakyat 1Malaysia di Mantin dalam program menangani kos sara hidup rakyat negara ini.

Yang turut hadir, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek dan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob.

Di HULU LANGAT, Tan Sri Muhyiddin meneruskan pemantauan harga barang dengan melawat pasar besar Econsave Bangi dekat sini.

Program turun padang bagi meninjau situasi harga pelbagai barangan itu sebagai membuktikan komitmen dan keseriusan kerajaan dalam menangani peningkatan kos sara hidup rakyat.

 Econsave merupakan antara pasar besar yang menyertai kempen penurunan harga barang yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak penghujung bulan lepas.- UTUSAN 

No comments:

Post a Comment