Sunday, 16 February 2014

Op 6P: 18,785 pendatang asing telah diperiksa

BUKIT MERTAJAM, AHAD, 16 Feruari, 2014: Sebanyak 18,785 pendatang asing tanpa izin diperiksa menerusi 603 operasi bersepadu 6P (Op 6P) di seluruh negara sejak dilancarkan 24 hari lalu.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Aloyah Mamat berkata, dalam tempoh 21 Januari hingga Jumaat lalu, sebanyak 4,660 pendatang dan 48 majikan ditahan dengan 3,978 pendatang dihantar pulang ke negara masing-masing.

Beliau berkata demikian selepas menyertai Op 6P Fasa II di Flat Taman Pelangi, Juru di sini hari ini. _ UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment