Oleh SITI AIRUNNISA ALAUI
KUALA LUMPUR, KHAMIS, 20 Februari, 2014: Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP), Senator Datuk Seri S. Nallakaruppan menyifatkan Pengerusi Barisan Bertindak Hak-Hak Hindu (Hindraf), P. Waythamoorthy sebagai pengacau hubungan baik masyarakat India dengan kerajaan.
Menurutnya, tindakan Waythamoorthy yang menyalahkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak amat memalukan dan tidak sama sekali mewakili pandangan masyarakat itu terhadap kepimpinan Najib.
"Tindakan Waythamoorthy menyalahkan Perdana Menteri sangat tidak masuk akal kerana dia seperti budak baru masuk sekolah beberapa bulan dan tidak tahu apa-apa pun pasal kerajaan, tetapi kini boleh pula salahkan orang ini orang itu.
"Dia juga tidak lakukan apa-apa jasa kepada masyarakat India tetapi boleh pula menyalahkan kerajaan tidak bantu. Perbuatan itu sangat memalukan dan kita masyarakat India tidak bersetuju dengan apa yang dia buat," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau mengulas tindakan Waythamoorthy yang menyalahkan Perdana Menteri kerana kegagalan Pengerusi Hindraf itu melaksanakan perubahan kepada kaum India baru-baru ini.
Dalam pada itu, Nallakarupan mendesak Waythamoorthy untuk meminta maaf kepada Perdana Menteri dan masyarakat India ekoran tindakannya itu yang jelas menjejaskan hubungan baik antara masyarakat kaum itu dengan kerajaan.
Tambahnya, masyarakat India telah menerima pelbagai bantuan yang disalurkan kerajaan selama ini dan tidak sepatutnya Waythamoorthy yang baru sahaja memegang jawatan dalam Kabinet bertindak mempertikaikan perkara tersebut.
"Dia itu siapa mahu pertikai kepimpinan Perdana Menteri, dia juga tidak pernah mengadakan perbincangan dengan mana-mana parti atau pertubuhan bukan kerajaan India untuk ambil tahu masalah kita, jadi, mengapa dia buat kenyataan seperti itu. Kita sangat malu dengan Perdana Menteri," jelasnya.
Ketika ditanya adakah tindakan yang dibuat Waythamoorthy itu ada kaitan keinginan beliau menyertai pembangkang, Nallakarupan berkata, jika itu berlaku, ia merupakan satu tindakan yang paling tidak bijak dilakukan oleh Pengerusi Hindraf itu.
"Kalau Waythamoorthy letak jawatan kerana mahu masuk pembangkang, dia telah buat pilihan yang salah dan dia pasti akan menyesal," katanya. - UTUSAN
![]() |
| S. Nallakaruppan, Waythamoorthy |

No comments:
Post a Comment