Monday, 3 February 2014

PUNB lantik 50 pelatih akauntan

KUANTAN, ISNIN, 03 Februari, 2014: Perbadanan Usahawan Nasional Bhd. (PUNB) akan melantik 50 pelatih akauntan bagi membantu syarikat-syarikat bumiputera yang bermasalah dalam pengurusan kewangan daripada terus mengalami kerugian.

Pengerusinya, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam berkata, sehingga kini terdapat sebanyak 2,040 usahawan iaitu 30 peratus daripada jumlah keseluruhan syarikat bumiputera yang gagal dalam pengurusan kewangan sehingga merencatkan jadual pembayaran balik pinjaman kepada agensi itu.

" Sebanyak 30 peratus daripada 6,800 syarikat bumiputera dikenal pasti gagal menyediakan penyata kira-kira masing-masing sehingga mendorong PUNB melakukan pembaharuan dengan melantik 50 pelatih akauntan pada pertengahan bulan ini.

" PUNB mengambil langkah ini kerana faktor mereka gagal sehingga menyebabkan kerugian ialah tiada akauntan yang menguruskan sistem perakaunan seperti duit keluar, masuk, untung, rugi, pemasaran dan tiada kemas kini dalam pengurusan kewangan," katanya kepada pemberita selepas Majlis Perjumpaan Usahawan PUNB di Pusat Transformasi Bandar (UTC) di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment