Saturday, 15 February 2014

Zaid Ibrahim akan bertanding PRK Kajang?

KUALA LUMPUR, JUMAAT, 14 Februari, 2014: Bekas menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd. Zaid Ibrahim akan membuat kemunculan semula dalam arena politik.

Hari ini, beliau mengumumkan hasrat untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kajang.

Melalui tulisan terbaharu dalam laman blognya, Mohd. Zaid berkata, bertanding sebagai calon bagi kerusi itu akan membolehkannya menyentuh pelbagai isu politik dan ekonomi yang sedang melanda negara.

"Menulis dalam blog saya (www.zaid.my) memang menyeronokkan, tetapi bagus juga kalau dapat bercakap terus kepada orang ramai secara bersemuka, mendengar apa yang hendak mereka sampaikan dan sudah tentu, menikmati hidangan sate bersama mereka.

"Peluang bercakap dengan pengundi Kajang juga akan mengukur sejauh mana sesetengah idea saya diterima, yang kemudian boleh dijadikan maklum balas berguna untuk pembuat dasar kita," kata beliau dalam tulisan bertajuk 'Mulling for Kajang' yang tersiar hari ini. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment