Monday, 24 March 2014

MH370: Kapal perang Australia tiba di lokasi serpihan dikesan

SYDNEY, AHAD, 23 Mac, 2014: Kapal perang tentera laut Australia, HMS Success tiba di lokasi pencarian dua serpihan yang dikesan oleh satelit negara itu di Laut Hindi, hari ini.

Rangkaian televisyen BBC melaporkan, kapal berkenaan mempunyai keupayaan untuk memungut sebarang jenis serpihan yang ditemukan.

Awal minggu lalu, satelit syarikat telekomunikasi Australia mengesan dua objek besar di Laut Hindi, dipercayai milik pesawat MH370. - AGENSI/UTUSAN 

No comments:

Post a Comment