My Add

Friday, 28 March 2014

Pasukan khas Malaysia ke Perth

KUALA LUMPUR, KHAMIS, 27 Mac, 2014: Kerajaan Malaysia akan menghantar pasukan khas ke Perth, Australia bagi bekerjasama dengan Pusat Koordinasi Penyelamat Australia untuk mencari pesawat Malaysia Airlines (MAS) yang hilang di lautan Hindi.

Menurut satu kenyataan daripada Kementerian Pengangkutan, pasukan tersebut akan terdiri daripada pegawai-pegawai Jabatan Penerbangan Awam (DCA), MAS, Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Tentera Udara Diraja Malaysia.

Kenyataan tersebut turut memaklumkan operasi mencari MH370 di lautan Hindi hari ini terpaksa ditangguhkan pada pukul 11.40 pagi berikutan cuaca buruk. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment