Monday, 24 March 2014

Polis guna peralatan teknologi terkini

JOHOR BAHRU, ISNIN, 24 Mac, 2014: Polis Diraja Malaysia (PDRM) merancang untuk mewujudkan sistem kepolisan moden dengan menggunakan peralatan canggih yang dilengkapi teknologi terkini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, langkah itu merupakan salah satu usaha PDRM untuk memerangi jenayah serta meningkatkan keyakinan rakyat dan pelabur terhadap negara ini.

"Kita akan memulakan sistem kepolisan moden ini di Johor terutama di kawasan Iskandar Malaysia," katanya pada sidang akhbar selepas melawat Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment