My Add

Monday, 24 March 2014

SPR kaji punca jumlah keluar mengundi merosot

HULU LANGAT, AHAD, 23 Mac, 2014: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan membuat kajian bagi mencari punca kemerosotan jumlah keluar mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang.

Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd. Yusof berkata, kajian itu akan dibuat kerana hanya 72 peratus atau 28,314 pengundi menunaikan tanggungjawab mereka berbanding jumlah pengundi berdaftar di kawasan itu sebanyak 39,278 orang.

"Jumlah itu menurun sebanyak 16 peratus berbanding 88 peratus pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) dan perkembangan itu agak mengejutkan kerana SPR menjangkakan peratusan keluar mengundi adalah 80 peratus memandangkan cuaca yang baik selain hari pengundian berlangsung pada hari cuti" katanya di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE 

No comments:

Post a Comment