5 pelajar UIAM parah, bas dinaiki kemalangan
KUALA LUMPUR, AHAD, 27 April, 2014: Seramai lima pelajar Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) cedera parah selepas bas yang dinaiki mereka terbabas lalu terhumban ke kawasan pembinaan di Kilometer 25.2, Lebuh Raya Utara-Selatan menghala ke Shah Alam di sini, hari ini.
Difahamkan dalam kejadian pukul 9.45 pagi itu, bas tersebut membawa 31 penumpang serta pemandu yang dalam perjalanan menuju ke Bukit Cerakah.
Kesemua pelajar yang cedera dihantar ke Hospital Sungai Buloh. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment