Monday, 28 April 2014

9 terlibat militan diberkas

Oleh ILAH HAFIZ AZIZ

KUALA LUMPUR, ISNIN, 28 April, 2014: Polis menumpaskan satu kumpulan militan di Kedah dan Selangor, ekoran tertangkapnya sembilan orang di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA), pagi ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam laman Twitternya, turut memuji tindakan pasukan Cawangan Khas yang terlibat dalam membanteras aktiviti berkenaan.

"Syabas Cawangan Khas Bukit Aman @PDRMsia, baru sahaja tangkap sembilan orang disyaki terlibat kegiatan militan di Malaysia,' katanya. - UTUSAN ONLINE

No comments:

Post a Comment