![]() |
| NOR AZRINA |
Nor Azrina berasal dari Seremban dan menghidap penyakit Psoriatic dan Arthropathy menerima diploma dalam bidang Teknologi Makmal Perubatan dengan keputusan purata nilai gred keseluruhan (CGPA) 3.7.
Katanya, akibat penyakit itu, sistem imunisasinya lemah dan antibodi badan yang sepatutnya melindunginya telah berfungsi sebaliknya iaitu menyerang tubuh badan sehingga menyebabkannya sering sakit sendi, mata, kulit kering dan kadang kala terpaksa berkerusi roda.
"Saya juga ditahan di wad selama berbulan-bulan dan terpaksa menyiapkan tugasan di hospital, tetapi itu semua tidak mematahkan semangat untuk terus belajar dan mendapatkan keputusan cemerlang .
"Saya tahu telah banyak menyusah mereka (ibu bapa) dan disebabkan itu juga, saya belajar bersungguh-sungguh kerana itu sahaja yang dapat dilakukan untuk membahagiakan mereka.
"Sokongan ibu bapa dan bantuan pensyarah serta rakan-rakan kolej yang sanggup mengadakan kelas tambahan secara percuma dan datang ke rumah untuk melakukan ulang kaji secara berkumpulan turut amat dihargai," katanya selepas menghadiri Majlis Graduasi Kumpulan Kolej PTPL Ke-18 di Dewan Canselor, Management & Science University (MSU) di sini hari ini.
Majlis itu disempurnakan Pengerusi Kumpulan Kolej PTPL, Tan Sri Dr. Wan Mohd. Zahid Mohd. Noordin itu.
Yang turut hadir Presiden MSU dan Kumpulan Kolej PTPL, Datuk Dr. Mohd. Shukri Ab. Yajid.
Majlis graduasi kali ini turut diserikan dengan lima pasangan kembar iaitu pasangan Nurul Nahdirah Yusof dan Nurul Nadzirah Yusof serta Nur Izzati Jamian dan Nur Izzani Jamian mendapat Diploma Pengurusan, Nor Izzuwany Sulong dan Nor Izzliyana Sulong (Diploma Pengurusan Pelancongan), Arif Adli Alias serta Arif Azim Alias (Diploma Seni Kulinari), S. Sheshadini dan S. Shedhuri (Diploma Teknologi Makmal perubatan).
Nurul Nahdirah berkata, dia dan pasangan kembarnya sejak kecil lagi tidak boleh berpisah dan disebabkan itu mereka mengambil keputusan untuk mengambil bidang pengajian sama iaitu Diploma Pengurusan.
Sementara itu, Nur Fatin Syahirah Rasudin, 24, graduan Diploma Teknologi Makmal Perubatan menjadi pelajar terbaik dan dipilih sebagai penerima Anugerah Emas Presiden selepas mendapat keputusan CGPA 4.0 dan pencapaian cemerlang dalam bidang akademik. - UTUSAN

No comments:
Post a Comment