JKSB pertahan kadar tol Jambatan Kedua Pulau Pinang
GEORGE TOWN, SELASA, 01 April, 2014: Jambatan Kedua Sdn Bhd (JKSB) hari ini mempertahankan kadar tol yang ditetapkan bagi penggunaan jambatan kedua Pulau Pinang, Jambatan Sultan Abdul Halim Mu'adzam Shah (SAHMS).
Pengarah urusannya Datuk Ir Dr Ismail Mohamed Taib berkata ada pihak
mempertikaikan bahawa kadar RM8.50 yang dikenakan itu RM1.50 atau 21.4 peratus lebih tinggi daripada kadar tol yang dikenakan di jambatan pertama.
Tetapi, kata beliau, jarak di atas permukaan laut bagi jambatan baharu itu ialah 16.9 kilometer, sekali ganda lebih panjang daripada jambatan pertama.
"Jika dibuat perbandingan berdasarkan kos bagi setiap kilometer, tol bagi jambatan baharu ini lebih murah iaitu 50 sen bagi setiap kilometer, berbanding 84 sen bagi setiap kilometer di jambatan pertama," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata, walaupun jambatan baharu itu lebih panjang, namun ia tidak
banyak menjejaskan penggunaan bahan bakar kerana selalunya kenderaan menggunakan lebih banyak bahan bakar apabila bergerak perlahan di jalan sesak, berbanding dipandu dengan lancar di laluan lebih panjang. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment