Tuesday, 1 April 2014

Kes Tibi di Terengganu meningkat

SETIU, SELASA, 01 April, 2014: Terengganu mencatat 770 kes penyakit Tibi atau batuk kering pada tahun lepas, meningkat 5 peratus berbanding 733 kes dilaporkan bagi tempoh sama tahun sebelumnya.

Pengarah kesihatan Negeri Terengganu Datuk Dr Anwa Sulaiman berkata bagi tempoh tiga bulan pertama tahun ini, sebanyak 203 kes penyakit Tibi dilaporkan di seluruh negeri itu dengan purata 68 kes sebulan.

"Mengikut statistik, di Terengganu sebanyak 770 kes Tibi tahun lalu telah dilaporkan dengan kadar notifikasi 70.5 kes bagi setiap 100,000 penduduk, iaitu meningkat sebanyak 5.0 peratus berbanding kes yang dilaporkan pada tahun 2012 sebanyak 733 kes," katanya semasa melancarkan kempen anti penyakit Tibi peringkat negeri di sini hari ini.-BERNAMA 

No comments:

Post a Comment