My Add

Thursday, 3 April 2014

MH370: Dron bawah air diperlukan

PERTH, KHAMIS, 03 April, 2014: Sebuah kapal selam robotik atau dron bawah permukaan air diperlukan untuk fasa seterusnya dalam operasi mencari dan mengesan (SAR) pesawat penerbangan Malaysia Airlines (MAS) MH370 yang hilang di selatan Lautan Hindi, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, beliau telah berbincang dengan rakan sejawatannya dari Australia, Tony Abbott mengenai keperluan untuk mendapatkan bantuan daripada negara-negara lain bagi teknologi berkenaan.

Katanya, teknologi itu diperlukan sebaik pinger bateri pada kotak hitam kehabisan dalam tempoh empat hari dan perlu bagi pasukan SAR mencari pesawat berkenaan.

Dron bawah permukaan air adalah antara perkara-perkara penting yang dibincangkan kedua-dua pemimpin dalam pertemuan di Commonwealth Centre di sini hari ini.

Dron bawah permukaan air bergantung kepada denyutan sonar untuk mencari di dasar laut dan pernah digunakan untuk membantu mengesan pesawat Air France 447 yang terhempas di Atlantik pada tahun 2009. - BERNAMA 

No comments:

Post a Comment