MSAM berjaya capai objektif
KOTA BHARU, AHAD, 27 April, 2014: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, penganjuran Minggu Amanah Saham Malaysia (MSAM) 2014 di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) di sini bermula 20 April lalu sehingga hari ini telah mencapai objektifnya.
Timbalan Perdana Menteri berkata, program itu memberi kesan yang amat positif kepada masyarakat umum dan rakyat di negeri ini.
"Usaha Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan syarikat-syarikat kumpulannya untuk mendidik masyarakat mengenai ilmu pelaburan dan perancangan kewangan dalam skala besar-besaran wajar dicontohi," katanya. - UTUSAN ONLINE
No comments:
Post a Comment